Quantcast
Channel: SABAH VACANCY
Viewing all articles
Browse latest Browse all 3284

SABAH VACANCY 2020 || PENOLONG KURATOR GRED S29 || KEMENTERIAN PELANCONGAN, SENI DAN BUDAYA MALAYSIA

$
0
0


PELUANG KERJAYA DALAM PERKHIDMATAN AWAM

Kami sedang mencari individu untuk menyertai perkhidmatan awam yang mempunyai ciri-ciri keperibadian berikut:

(i) Mempunyai keterampilan yang baik
(ii) Mempunyai semangat yang tinggi dalam bekerja secara berkumpulan
(iii) Mempunyai bakat kepimpinan
(iv) Mempunyai ciri-ciri jati diri yang cemerlang
(v) Mempunyai kelayakan profesionalisme yang sesuai dengan jawatan.

DIPLOMA (KUMPULAN PELAKSANA)

PENOLONG KURATOR GRED S29
(KEMENTERIAN PELANCONGAN, SENI DAN BUDAYA MALAYSIA)

Kekosongan: 1 Simpanan: 2

1. Syarat lantikan:
(a) warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
(c) memiliki:
  (i) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; atau
  (ii) Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; atau
 (iii) Sijil Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia; atau
   (v) Diploma dalam bidang seni lukis, seni reka, seni halus, seni bina, sains, permuziuman, teknologi maklumat atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

2. Syarat Kelayakan Bahasa Melayu:
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

3. Syarat Peningkatan Secara Lantikan:
Pegawai yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Muzium adalah layak dipertimbangkan oleh Suruhanjaya ini untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Penolong Kurator Gred S29, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan;

(a) mempunyai kelayakan di perenggan 1(c); dan
(b) had umur pelantikan:
    (i) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
   (ii) berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
  (iii) berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

4. Keperluan Bidang (Ditetapkan oleh Jabatan)
   1. Antropologi;
   2. Aplikasi Multimedia;
   3. Rekabentuk Grafik;
   4. Komunikasi dan Pengajian Media;
   5. Komunikasi Korporat;
   6. Multimedia;
   7. Multimedia dan Komunikasi;
   8. Pemasaran dengan Multimedia;
   9. Penulisan Kreatif dan Deskriptif;
  10. Rekabentuk Dalaman;
  11. Sains Komputer (Multimedia);
  12. Sains Komputer (Perisian Grafik dan Multimedia);
  13. Sejarah;
  14. Sejarah Seni dan Pengurusan Budaya;
  15. Seni Halus(Rekabentuk dan Teknologi Media Baru);
  16. Senilukis dan Senireka (Senireka Perindustrian);
  17. Senireka Grafik Digital;
  18. Senibina Dalaman (Interior Architecture);
  19. Senilukis/ Reka- Grafik;
  20. Senilukis/ Reka- Tekstil;
  21. Teknologi Animasi;
  22. Geomatics and Land Surveying Management;
  23. Pengurusan Teknikal Senibina;
  24. Koordinasi dan Pengurusan Pameran;
  25. Operasi Rawatan Kayu; atau
  26. Rekabentuk Konsep.

5. Keperluan Tambahan:
Hanya calon yang telah memperoleh kelayakan/ kelulusan ijazah/ diploma yang telah diiktiraf oleh senat universiti/ jawatankuasa berkaitan pada atau sebelum tarikh tutup iklan permohonan jawatan ini layak memohon selaras dengan syarat lantikan.

Calon yang berminat dan memenuhi syarat ditetapkan boleh mengemukakan/ mengemas kini permohonan secara dalam talian melalui Porta Rasmi Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA9): https://spa9.spa.gov.my mulai 24 November 2020. Tarikh tutup permohonan bagi jawatan ini adalah pada 7 Disember 2020 (Isnin), jam 11.59 malam. 

Maklumat syarat lantikan / gaji/ tugas-tugas jawatan di pautan berikut:

Iklan jawatan: 

Kami di Sabah Vacancy mengucapkan semoga berjaya.  

Viewing all articles
Browse latest Browse all 3284