PELUANG KERJAYA DALAM PERKHIDMATAN AWAM
Kami sedang mencari individu untuk menyertai perkhidmatan awam yang mempunyai ciri-ciri keperibadian berikut:
(i) Mempunyai keterampilan yang baik
(ii) Mempunyai semangat yang tinggi dalam bekerja secara berkumpulan
(iii) Mempunyai bakat kepimpinan
(iv) Mempunyai ciri-ciri jati diri yang cemerlang
(v) Mempunyai kelayakan profesionalisme yang sesuai dengan jawatan.
DIPLOMA (KUMPULAN PELAKSANA)
PEGAWAI KEBUDAYAAN GRED B29
(KEMENTERIAN PELANCONGAN, SENI DAN BUDAYA MALAYSIA)
Kekosongan: 2 Simpanan: 6
1. Syarat lantikan:
(a) warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
(c) memiliki:
(i) mempunyai pengalaman yang telah terbukti dan diakui mutunya dalam bidang kebudayaan serta berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu dengan memuaskan; atau
(ii) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; atau
(iii) Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; atau
(iv) Sijil Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia; atau
(v) Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
2. Syarat Kelayakan Bahasa Melayu:
Calon bagi lantikan di perenggan 1(c)(ii), (iii), (iv) dan (v) hendaklah memiliki kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
3. Syarat Ujian Khas:
Calon dikehendaki lulus Ujian Khas bagi menentukan kesesuaian mutu dan tahap bakat, kebolehan dan daya kreativiti dalam bidang kebudayaan sebelum lantikan seperti yang ditetapkan oleh Suruhanjaya ini.
4. Keperluan Bidang (Ditetapkan oleh Jabatan)
1. Antropologi;
2. Antropologi dan Sosiologi;
3. Bahasa dan Kesusteraan;
4. Bahasa dan Linguistik;
5. Bahasa dan Linguistik Melayu;
6. Geografi dan Antropologi Dan Sosiologi;
7. Geografi dan Sejarah;
8. Sosial;
9. Kesusteraan;
10. Kesusteraan Inggeris;
11. Kesusteraan Melayu;
12. Komunikasi (Televisyen Dan Filem);
13. Komunikasi dan Pengajian Melayu;
14. Linguistik;
15. Linguistik dan Komunikasi;
16. Linguistik dan Persuratan Melayu;
17. Linguistik Melayu;
18. Linguistik Melayu, Penulisan dan Kewartawanan;
19. Pengajian Melayu dan Antropologi/ Sosiologi;
20. Pengajian Melayu (Kesenian Melayu);
21. Pengajian Melayu (Seni dan budaya);
22. Penulisan Kreatif;
23. Penyiaran dan Perfileman;
24. Sains Kemanusiaan (Sejarah dan Tamadun)
25. Sains Kemasyarakatan (Antropologi dan Sosiologi)
26. Sains Sosial (Antropologi dan Sosiologi)
27. Sains Sosial (Bahasa dan Komunikasi Silang budaya)
28. Sains Sosial (Bahasa dan Komuniti Silang Budaya); atau
29. Seni Lakon
6. Keperluan Tambahan:
Hanya calon yang telah memperoleh kelayakan/ kelulusan ijazah/ diploma yang telah diiktiraf oleh senat universiti/ jawatankuasa berkaitan pada atau sebelum tarikh tutup iklan permohonan jawatan ini layak memohon selaras dengan syarat lantikan [kecuali calon bagi lantikan di perenggan 1(c)(i)]
Calon yang berminat dan memenuhi syarat ditetapkan boleh mengemukakan/ mengemas kini permohonan secara dalam talian melalui Porta Rasmi Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA9): https://spa9.spa.gov.my mulai 24 November 2020. Tarikh tutup permohonan bagi jawatan ini adalah pada 7 Disember 2020 (Isnin), jam 11.59 malam.
Maklumat syarat lantikan / gaji/ tugas-tugas jawatan di pautan berikut:
Iklan jawatan:
Kami di Sabah Vacancy mengucapkan semoga berjaya.