PELUANG KERJAYA DALAM PERKHIDMATAN AWAM
Kami sedang mencari individu untuk menyertai perkhidmatan awam yang mempunyai ciri-ciri keperibadian berikut:
(i) Mempunyai keterampilan yang baik
(ii) Mempunyai semangat yang tinggi dalam bekerja secara berkumpulan
(iii) Mempunyai bakat kepimpinan
(iv) Mempunyai ciri-ciri jati diri yang cemerlang
(v) Mempunyai kelayakan profesionalisme yang sesuai dengan jawatan.
IJAZAH (PENGURUSAN DAN PROFESIONAL)
PEREKA GRED B41
(KEMENTERIAN KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIA)
Kekosongan: 3 Simpanan: 5
1. Syarat lantikan:
(a) warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
(c)(i) mempunyai pengalaman yang telah terbukti dan diakui mutunya dalam bidang seni reka dan/atau seni lukis; atau
(ii) ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang seni kreatif, seni bin adalaman, seni lukis atau seni reka yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
2. Syarat Kelayakan Bahasa Melayu:
Calon bagi lantikan di perenggan 1(c)(ii) hendaklah memiliki kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
3. Syarat Peningkatan Secara Lantikan:
Pegawai yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Jurufotografi Gred B29/30, B31/32, B37/28 atau B39/40 adalah layak dipertimbangkan oleh Suruhanjaya ini untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pereka Gred B41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan;
(a) mempunyai kelayakan di perenggan 1(c); dan
(b) had umur pelantikan:
(i) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
(ii) berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
(iii) berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.
4. Syarat Ujian Khas:
Calon dikehendaki lulus Ujian Khas bagi menentukan kesesuaian bakat, kebolehan dan daya kreativiti dalam bidang seni reka dan/ atau seni lukis sebelum lantikan seperti yang ditetapkan oleh Suruhanjaya ini.
5. Keperluan Bidang (Ditetapkan oleh Jabatan)
(a) Reka Bentuk (Design);
(b) Reka bentuk Grafik Berkomputer;
(c) Kreatif Multimedia; atau
(d) Reka Bentuk Grafik.
6. Keperluan Tambahan:
Hanya calon yang telah memperoleh kelayakan/ kelulusan ijazah yang telah diiktiraf oleh senat universiti/ jawatankuasa berkaitan pada atau sebelum tarikh tutup iklan permohonan jawatan ini layak memohon selaras dengan syarat lantikan [kecuali calon bagi lantikan di perenggan 1(c)(i)]
Calon yang berminat dan memenuhi syarat ditetapkan boleh mengemukakan/ mengemas kini permohonan secara dalam talian melalui Porta Rasmi Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA9): https://spa9.spa.gov.my mulai 24 November 2020. Tarikh tutup permohonan bagi jawatan ini adalah pada 7 Disember 2020 (Isnin), jam 11.59 malam.
Maklumat syarat lantikan / gaji/ tugas-tugas jawatan di pautan berikut:
Iklan jawatan:
Kami di Sabah Vacancy mengucapkan semoga berjaya.