Quantcast
Channel: SABAH VACANCY
Viewing all articles
Browse latest Browse all 3284

SABAH VACANCY 2020 || PEMBANTU PENGUASA KASTAM GRED WK19 (JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA)

$
0
0



PELUANG KERJAYA DALAM PERKHIDMATAN AWAM

Kami sedang mencari individu untuk menyertai perkhidmatan awam yang mempunyai ciri-ciri keperibadian berikut:

(i) Mempunyai keterampilan yang baik
(ii) Mempunyai semangat yang tinggi dalam bekerja secara berkumpulan
(iii) Mempunyai bakatk epimpinan
(iv) Mempunyai ciri-ciri jati diri yang cemerlang
(v) Mempunyai kelayakan profesionalisme yang sesuai dengan jawatan.

SPM/SKM(KUMPULAN PELAKSANA)

PEMBANTU PENGUASA KASTAM GRED WK19
(JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA)

Kekosongan: 64 Simpanan: 700

Syarat Kelayakan:

(i) Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Kemahiran Malaysia dan Kepujian dalam subjek Matematik pada peringkat peperiksaan tersebut atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan atau:

(ii)Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia SKM Tahap 2 atau SKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

Calon-calon yang telah mendaftarkan permohonan bagi jawatan diatas tidak perlu mendaftar semula. Namun demikian sila pastikan pendaftaran permohonan masih dalam tempoh sah laku iaitu dalam tempoh setahun daripada tarikh mendaftar. Calon-calon juga adalah dimohon untuk mengemaskini pusat temuduga yang terkini. Tarikh tutup permohonan baharu bagi jawatan ini adalah sebelum atau pada 23 November 2020 (Isnin), jam 11.59 malam.

Permohonan boleh dibuat di portal SPA https://www.spa.gov.my

Maklumat syarat lantikan / gaji/ tugas-tugas jawatan di pautan berikut:


Kami di Sabah Vacancy mengucapkan semoga berjaya. 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 3284