Quantcast
Channel: SABAH VACANCY
Viewing all articles
Browse latest Browse all 3284

TERKINI! PENGELUARAN KWSP RM10,000 DILULUSKAN KERAJAAN!

$
0
0


SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Kerajaan pada Rabu akhirnya bersetuju membenarkan pengeluaran khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM10,000.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, perkara itu merupakan keputusan yang sukar kerana ia melibatkan simpanan hari tua rakyat.

Bagaimanapun, katanya, pengeluaran khas itu adalah jalan tengah dalam mengimbangi antara keperluan mendesak hari ini dan simpanan masa hadapan.

Walaupun kerajaan memberikan kebenaran untuk pengeluaran khas KWSP ini, namun saya merayu kepada para pencarum supaya mengekalkan simpanan mereka kecuali keadaan benar-benar mendesak.

Saya berharap para pencarum membuat pertimbangan yang sewajarnya sebelum melakukan pengeluaran, demi masa depan, katanya pada sidang media khas yang disiarkan secara langsung di televisyen dan media sosial.

Ismail Sabri menegaskan, kerajaan sebelum ini membenarkan pengeluaran caruman KWSP melalui tiga skim iaitu i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra berjumlah RM101 bilion, melibatkan 7.34 juta pencarum sejak pandemik Covid-19 melanda negara dua tahun lalu.

Menurutnya, berdasarkan dapatan kajian dan penelitian secara menyeluruh dalam fasa pemulihan selepas pandemik ini, ada dalam kalangan Keluarga Malaysia yang masih terkesan dari segi ekonomi, hilang pendapatan dan sedang membina semula kehidupan.

Justeru itu, jelasnya, kerajaan mendengar, mengkaji dan meneliti permintaan daripada semua pihak untuk mengeluarkan caruman KWSP berkenaan.


SUMBER: Sinar Harian



Viewing all articles
Browse latest Browse all 3284