Quantcast
Channel: SABAH VACANCY
Viewing all articles
Browse latest Browse all 3284

JAWATAN KOSONG SABAH ELECTRICITY SDN BHD (SESB) | TUKANG

$
0
0

Kekosongan Jawatan  
Tukang (Kontrak)
Sabah Electricity Sdn Bhd


Maklumat & Syarat Permohonan
  • ·        Warganegara Malaysia;

  • ·        Berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak melebihi 30 tahun pada tarikh tutup iklan;

  • ·        Sihat tubuh badan dan memiliki BMI normal;

  • ·        Tidak rabun warna

  • ·        Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia  (SPM);

  • ·        Memiliki perakuan kekompetenan Suruhanjaya Tenaga sekurang-kurangnya Penjaga Jentera Elektrik Kategori A1;

  • ·        Boleh bekerja secara berpasukan;

  • ·        Calon yang mempunyai kemahiran asas komputer adalah satu kelebihan;

  • ·        Calon hendaklah bersedia ditempatkan atau dipindahkan di mana-mana lokasi/daerah



Bidang Tugas
1 Perancangan & Projek
  • ·        Membantu penyeliaan pelaksanaan projek pembangunan infrastruktur elektrik di tapak kerja;

  • ·        Membuat kerja-kerja cantuman kabel (cable jointing) dan tamatan kabel (cable termination);

  • ·        Membuat persediaan material untuk pelaksaaan projek;

  • ·        Membantu membuat Anggaran Kerja Modal (AKM);

  • ·        Mengemaskini dokumentasi projek;

2 Kendalian & Senggaraan
  • ·        Memulihkan gangguan bekalan elektrik;

  • ·        Melaksana kerja-kerja pembaikan (rectification) keatas kejanggalan (defect) pada pepasangan elektrik di Rangkaian Pembahagian;

  • ·        Menjalankan kerja-kerja senggaraan rutin/pencegahan ke atas pepasangan elektrik di Rangkaian Pembahagian;

  • ·        Melaksanakan kerja-kerja pembersihan rentis talian atas dan pencawang di Rangkaian Pembahagian;

  • ·        Melaksana aktiviti Condition Based Maintenance melibatkan pepasangan elektrik di Rangkaian Pembahagian;

  • ·        Mengemaskini dokumentasi melibatkan kerja-kerja senggaraan (harian/mingguan/bulanan);

  • ·        Membantu penyeliaan kerja-kerja kontraktor;

3 Perjangkaan & Servis
  • ·        Mengambil tindakan ke atas  laporan kejanggalan dan aduan pengguna dalam tempoh masa yang telah ditetapkan;

  • ·        Melaksanakan aktiviti penukaran meter usang; 

  • ·        Membuat Routine Meter Inspection bagi pengguna biasa (Ordinary Power Consumer) dan membuat Mid Month Reading bagi Pengguna Kuasa Besar (Large Power Consumer);

  • ·        Membuat pemasangan meter dan talian perkhidmatan (serviceline) bagi pengguna baru;

  • ·        Membuat bacaan beban (load reading); 

  • ·        Membantu penyeliaan kerja-kerja kontraktor

4 Pemotong Bekalan
  • ·        Menjalankan tindakan pemotongan bekalan elektrik berdasarkan arahan;

  • ·        Merekod aktiviti pemotongan/penyambungan harian dalam fail log peribadi;

  • ·        Mengemaskini maklumbalas tindakan yang telah diambil dalam senarai arahan pemotongan yang diterima;

  • ·        Membuat penyambungan semula bagi pengguna yang telah membuat pembayaran;

  • ·        Menyertai operasi pemotongan bekalan yang dibuat secara besar-besaran/bersepadu;

  • ·        Menghantar notis akaun kerajaan setiap bulan tanpa gagal.


Tarikh Tutup: 02 Jul 2021

SUMBER /MEMOHON KLIK DISINI https://bit.ly/3y0vKcQ

Sumber: SESB Website

Viewing all articles
Browse latest Browse all 3284