Job Description
Position Level: Entry
Target Segment: SPM Leavers
Job Specialization: Food/Beverage/Restaurant Service
Employment Type: Full Time
Program Perantis SLDN:
Program pendidikan yang diiktiraf oleh kerajaan. Menawarkan perantis pembelajaran didalam kelas (30%) dan praktikal (70%) di syarikat penajaan. Selepas program selesai, pelatih akan dianugerahkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) tahap 3.
Program yang ditawarkan:
SKM Penyediaan dan Perkhidmatan Makanan Segera (HT-031-3-2016) Pembelajaran MOD SLDN.
Melahirkan seorang pekerja yang berkemahiran, berpesonaliti menarik, bertenaga dan bersikap positif. Perantis akan mempelajari kemahiran dan pengalaman baru dalam memberikan perkhidmatan, layanan yang pantas dan mesra serta menghasilkan produk berkualiti setaraf antarabangsa.
Kelayakan:
- Mempunyai kelayakan akademik PMR/SPM atau setaraf.
- Boleh Membaca, Menulis serta Mengira.
- Sihat Tubuh Badan dan lulus pemeriksaan kesihatan.
- Boleh bertutur dalam Bahasa Malaysia dan Inggeris.
- Mendapat kebenaran ibu / bapa / penjaga.
FASA LATIHAN PERANTIS SLDN
- Minima latihan dan kursus selama 18 bulan
- Menjalani latihan 8 jam sehari dan 6 hari seminggu sehingga tamat tempoh latihan.
- Mempelajari lebih mendalam mengenai penyediaan makanan & layanan
- Mempelajari selok belok dalam pentadbiran
Manfaat tambahan:
- Pembayaran Elaun sebanyak RM1200.00 sebulan
- Faedah Perubatan
- Pelindungan Insuran
- Makanan percuma sepanjang proses pembelajaran
- Kursus Keselamatan Makanan bernilai RM80.00
- Suntikan suntikan Typhoid bernilai RM65.00
- SKM tahap 3 hingga tempoh 1.5 tahun**.